Friday, March 26, 2010

Pinda Rukun Negara Satu langkah yang Tepat.

1. Gesaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada "Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah" .

2.Sekurang - kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan . a] Malaysia adalah sebuah negara yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui. b] Masyarakat non muslim sendiri dewasa ini telah memperjuangkan hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah dan ini menjadi satu hikmah yang terbuka untuk kita membawa mereka lebih memahami dan menghayati pengertian kalimah Allah swt tanpa syirik dan menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah swt .

3. Suatu amalan yang telah diterima dan diakui oleh semua bangsa dan agama sebagai rakyat negara ini menyanyikan lagu negeri masing - masing dengan menggunakan kalimah Allah . Sehingga kini penggunaan kalimah Allah dalam lagu - lagu negeri ini tidak pernah dibantah dan dipersoal .

[ lihat lirik lagu - lagu negeri ] a] ...... Segala kebesaran Allah cucurkan * Darjah kemuliaan Allah tambahkan ... [ Kelantan ] b]

..... Allah selamatkan Sultan Mahkota * Berpanjangan usia di atas Takhta .... [ Kedah ] c] .....

Ditaati rakyat kiri dan kanan * Iman yang saleh Allah kurniakan .... [ Perak ] d ] .....

Ya Allah yang Maha Kuasa * Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia .... [ Pahang ] e ] .....

Allah peliharakan Raja kami * Memerintah Terengganu Negeri .... [ Terengganu ] f ] .....

Allah lanjutkan usia Tuanku * Rakyat mohon restu ..... [ Selangor ] g ] .....

Allah peliharakan Sultan * 'Nugrahkan Dia segala kehormatan .... [ Johor ]

4. Kerajaan Malaysia melalui pemimpin utamanya berkali - kali mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negera Islam . Justeru itu , wajarlah kerajaan tidak membantah cadangan dan gesaan Tuan Guru Presiden PAS agar Rukun Negara yang pertama itu dipinda menjadi kepercayaan kepada Allah swt .

5. Kepercayaan kepada Tuhan bukan sahaja tidak tepat malah ianya boleh membawa kepada syirik dan membatalkan aqidah ummah . Ia mungkin tidak mengapa kepada golongan non muslim tetapi jelas membawa ancaman kepada iman dan aqidah ummat Islam .

6. Kenapa tidak digunakan kalimah Allah swt di dalam rukun negara bagi menggantikan kalimah Tuhan sementara kalimah Allah swt itu telah diperakui oleh semua termasuk non muslim . Lihat Firman Allah swt dalam surah Lukman ayat 25 :

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad) Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka itu. Bahkan kebanyaakn dari mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)”

7. Kalimah Tuhan tidak membawa kepada erti dan nilai ketuhanan yang sebenar kerana tuhan juga boleh dinisbahkan kepada pelbagai gambaran dan rupa wajah malah sebahagiannya direka cipta oleh manusia . Mana mungkin tuhan direka dan dicipta sebagaimana tuhan sewajarnya adalah yang paling berkuasa , sempurna dan esa .

8. Meminda kalimah tuhan kepada kalimah Allah swt di dalam rukun negara mampu membawa seluruh rakyat memahami dan menghayati nilai dan makna ketuhanan yang sebenar . Selain ianya [ menggunakan kalimah ALlah ] benar dan tepat dengan aqidah ummat Islam ianya juga tidak bersalahan dengan naluri dan hati kecil golongan non muslim dalam mempercayai erti ketuhanan .

9. Nokhtah yang paling penting disini ialah , Kalimah Allah swt tidak sahaja memaparkan nilai ketuhanan yang sebenar sebagai zat tuhan yang maha Esa tetapi penggunaan kalimah Allah swt yang telah diperakui dan diterima oleh semua pihak ini akan menjadi satu platform untuk menyeru atau mengajak seluruh manusia mengabdikan diri kepada Allah swt Tuhan Yang maha Mencipta tanpa lagi mensyirikkanNya .

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang menyerah diri kepada Allah swt. [ Islam ] ".
Surah Aali I'mran : 64

10. Rukun negara adalah berfungsi sebagai asas utama kepada rule rakyat dalam membentuk serta mengungguli sistem nilai dan jati diri sebagai warga negara yang baik . Lantaran itu , amatlah wajar rukun negara ini dipinda dengan menukar kalimah tuhan kepada kalimah Allah swt tuhan yang maha mencipta dan memiliki sekelian alam ini serta Dia lah tuhan yang menurunkan wahyu sebagai pekeliling rasmi buat pedoman manusia mengatur kehidupan di atas muka bumi ini dengan sejahtera dan beroleh rahmat serta berkat dariNya . Perhatian : [ Poll dikalangan pembaca Akhbar Sinar Harian [ pada 25 Mac 2010- khamis ] : Perlukah Rukun Negara ditukar ? 62% Setuju dan 38% tidak setuju . ] -dari blog ustaz nasaruddin tontowi

Sunday, March 7, 2010

Nik Aziz VS Harussani



Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Tuesday, March 2, 2010

Berkat kerja UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.-harakah