Sunday, February 21, 2010

UMNO suka perkauman??

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional(BN) dinasihatkan supaya tidak menggunakan sentimen perkauman sempit untuk meraih sokongan orang Melayu.

Menurut Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Amizudin Ahmat, usaha Umno dan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka adalah kerana keadaan yang memaksa bertindak demikian.

"Mereka sendiri sedar bahawa masyarakat khususnya orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada mereka. Oleh kerana itu, mereka terpaksa bertindak dengan cara menggunakan sentimen perkauman sempit bagi meraih sokongan yang mereka sendiri sedar sudah hilang terhadap mereka.

"Ekoran daripada kesedaran inilah, maka mereka bertindak dengan mengadakan demonstrasi dan bantahan semata-mata bagi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu,” ujarnya.

Amizudin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berkata, dalam situasi masyarakat Melayu sudah sedar akan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno dan BN ketika mereka memerintah beberapa negeri sebelum ini, maka sudah pasti sokongan yang semakin berkurangan terhadap mereka itu akan mengurangkan undi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya, dalam kawasan Kepala Batas sendiri, masyarakat Melayu merupakan kumpulan yang paling miskin kerana masalah itu telah wujud sejak Umno dan BN menguasai pemerintahan negeri ini.

Namun begitu, ujarnya usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bagi mengurangkan jumlah kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu tidak mereka pedulikan.

"Walaupun kebenarannya bahawa kerajaan negeri telah berusaha bagi membasmi kemiskinan tegar tetapi mereka akan tetap menolak dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

"Inilah Umno dan BN yang masih tidak sedar bahawa mereka adalah pembangkang di negeri Pulau Pinang ini. Oleh kerana itu Umno dan BN harus tidak terus leka dan lena dari mimpi mereka bahawa mereka bukan lagi pemerintah dalam negeri ini, yang jelas di sini Umno dan BN perlu ditalkinkan dengan seberapa segera," katanya lagi.

Amizudin berkata demikian sebagai mengulas tindakan sesetengah pemimpin Umno dan BN yang sering mendakwa Kerajaan PR Pulau Pinang meminggirkan orang Melayu.-HARAKAH

Sunday, February 14, 2010

Umno Semakin memahami Demonstrasi?

Sehari dua ni cukup 'meriah' Umno mengadakan demonstrasi sana sini. Pantang terjentik dan tercuit sikit tentang 'semangat kemelayuan' Umno terus buat demonstrasi. Nampaknya Umno sudah mula faham apa makna demokrasi.

Sebelum ini, jika pembangkang atau Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi maka selepas itu akan muncul komen dari pemimpin dan media milik Umno.... Berlaku huru hara, peniaga mengalami kerugian, pelabur lari, pembangkang sabotaj ekonomi negara.

Jadi hari ini ekonomi negara dalam keadaan gawat, pelabur tak datang dan suasana politik gawat semuanya berpunca dari Umno yang akhir-akhir ini kerap berdemonstrasi. Umno kena bertanggungjawab!

Khairy Jamaludin hari ini mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mungkin selepas ini Umno Pulau Pinang akan turun berdemonstrasi sekali lagi kerana 'termakan' dengan laporan Utusan Malaysia bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nak membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin kali ini Ibrahim Ali akan berganding bahu dengan seorang lagi wakil rakyat 'bebas' Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk memimpin demonstrasi berkenaan.

Cuma jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dah le, memukul canang dan berarak mengelilingi Kota Mekah serta membuat kenduri besar-besaran sembelih kambing dan unta menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi kemudiannya menjadi orang yang paling kuat menentang dakwah dibawa oleh Nabi SAW.

Umno kini memang cukup bersemangat untuk berdemontsrasi. Saya yakin lepas ni banyak lagi demonstrasi akan diadakan oleh Umno dan mereka yang sewaktu dengannya.

Justeru itu memang layaklah Umno mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Records' atau mungkin 'Guinness Book Of Records' sebagai parti dalam dunia yang paling banyak mengadakan demonstrasi. Syabas Umno!-HARAKAH

Reality Umno

InsyaAllah kita akan cuba bongkarkan segala reality2 yang telah, sedang dan akan berlaku kepada UMNO....semoga blog ini dapat diambil sedikit pengajaran